BERITA | SOSIAL
CINTAI SEKOLAH CANOSSA

Persatuan Bekas Pelajar Canossian Melaka telah berjaya memperolehi geran Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program Kauseling kerjaya, Bengkel seni cetak dan Majlis perjumpaan semula bekas pelajar di sekolah. Program ini telah diadakan pada bulan October dan November 2022 yang melibatkan 230 orang peserta bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Canossa Convent Melaka, Portuguese Settlement, Ujong Pasir Melaka. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah menggalakan alumni balik ke sekolah untuk memupuk perpaduan, intergrasi dan silaturrahim antara alumni. Melalui program ceramah dan bengkel. Ilmu, pengalaman satu generasi dapat disampaikan kepada generasi muda. Selain daripada itu, ia juga akan memperkembangkan bakat-bakat seni melalui aktiviti yang dijalankan. dan menyemaikan sikap penyayang dan bertanggungjawab di kalangan masyarakat kita.