BERITA | KEBAJIKAN
TERAPI BERKUDA PPDK SERI UTAMA SIRI 1

Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Utama telah berjaya memperolehi Geran Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut pertubuhan telah mengadakan program "Terapi Berkuda & Memanah PPDK Seri Utama". Program ini telah diadakan pada 08 September 2022 yang melibatkan 40 orang peserta, bertempat di Pusat Ekuin Ladam Merah, Melaka. Antara objekltif utama penganjuran program ini adalah bagi membantu ibubapa / penjaga untuk mencari ikhtiar pemulihan untuk anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) PDK dengan pelbagai cara dan kaedah dalam mendapatkan Latihan dan pemulihan tambahan.