BERITA | SOSIAL
PROGRAM GOTONG ROYONG KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MUZAFFAR HEIGHTS (FASA 1) DIBAWAH GERAN MYICE 2022

Persatuan Penduduk Taman Muzaffar Heights Fasa 1 telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022, Menerusi geran tersebut, persatuan telah mengadakan program gotong royong kebersihan dan keceriaan Persatuan Penduduk Taman Muzaffar Heights. Program ini telah melibatkan 50 orang peserta/penduduk bertempat di Taman Muzaffar Heights, Fasa 1. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah,

  1. Memelihara kebersihan kawasan perumahan Taman Muzaffar Heights (Fasa 1)
  2. Mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang bebas nyamuk Aedes
  3. Mempertingkatkan tahap keselamatan kawasan perumahan Taman Muzaffar Heights
  4. Memupuk semangat kejiranan dan merapatkan silatulrahim masyarakat/komuniti Taman Muzaffar Heights.