BERITA | SOSIAL
Bahayanya Dadah dan Cegah Jenayah anjuran Persatuan Penduduk Taman Asean 2 Malim, Melaka

Persatuan Penduduk Taman Asean 2 Malim Melaka telah berjaya memperolehi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) tahun 2023. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan Program Bahayanya Dadah dan Cegah Jenayah. Program ini telah diadakan pada 26 November 2023 yang melibatkan seramai 200 orang penduduk bertempat di pekarangan Surau Taman Asean. Objktef utama penganjuran ini adalah untuk memberi kesedaran bahayanya dadah kepada semua penduduk serta cara-cara mencegan jenayah yang berlaku di kawasan taman penduduk.