BERITA | SOSIAL
Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran Bersama Penduduk Taman Saujana Indah, Fasa 2,Melaka

Persatuan Taman Saujana Indah Fasa 2,Melaka telah berjaya memperolehi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti ( GPPK ) tahun 2023 Menerusi geran tersebut ,persatuan telah mengadakan Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran Bersama Penduduk Taman Saujana Indah,Fasa 2,Melaka. Program ini telah diadakan pada 21 Oktober 2023 yang melibatkan seramai 180 orang peserta/penduduk/jemputan bertempat di Padang Jalan SI 41. Program yang dianjurkan pada tarikh tersebut adalah aktiviti seperti senamrobik dan pameran oleh agensi kerajaan. Antara agensi yang terlibat dalam pameran adalah seperti berikut:


  • Ibu Pejabat Kontijen Melaka
  • Balai Polis Melaka Tengah
  • Balai Polis Ayer Keroh
  • Kementerian Kesihatan Malaysia diwakili KOSPEN
  • Angkatan Pertahanan Awam Melaka
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan Melaka
  • Jabatan Meteorologi Melaka


Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang pengetahuan dan pencegahan awal bila berlaku kebakaran.