PENGUMUMAN | KEBAJIKAN
Apakah #ros_care?
  • MySociety Admin
  • 23/03/2021
  • 1849

#ros_care dikenali sebagai Hari Bersama Pertubuhan bagi pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Program ini diwujudkan dengan perlaksanaan program dan acara bagi membolehkan JPPM dan Pertubuhan mendekati dan memahami satu sama lain.


Objektif

Mewujudkan jalinan kerjasama dengan pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM serta Memberikan khidmat nasihat dan kefahaman berkaitan pengurusan pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan 1984 termasuklah perlembagaan yang diwujudkan oleh sesebuah pertubuhan.