PERTUBUHAN KAJIAN ASIA TIMUR (EAST ASIAN INTERNATIONAL RELATIONS CAUCUS)
PPM-005-14-14092022
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Satu platform untuk berinteraksi dan membina rangkaian di kalangan penyelidik, rakan kongsi dan pihak pemegang taruh merentasi sempadan institusi.
Maklumat Pertubuhan
1) Memupuk minat ilmiah pendidikan dalam bidang sejarah, politik, institusi
serantau, seni bina keselamatan, dan kajian hubungan antarabangsa di Asia Timur.
2) Menggalakkan perbincangan yang lebih erat dan berpengetahuan dalam
kalangan sarjana/organisasi dalam malaysia dan luar negara dalam kajian-kajian
hubungan antarabangsa di asia timur.
3) Memupuk dan menggalakkan pertukaran ilmu intelektual dalam kalangan
sarjana dan penyelidik dalam bidang hubungan antarabangsa di asia timur.
4) Menjadi hab untuk menghubungkan penyelidik dengan kementerian kerajaan
malaysia dan agensi-agensi lain.
Latar Belakang Pertubuhan
Sejak penubuhannya pada Ogos 2014, pertubuhan ini telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk memupuk tiga matlamat iaitu pertukaran, penglibatan dan pemerkasaan. Aktiviti ini termasuk siri forum yang menampilkan penyelidik terkenal dunia, siri meja bulat yang merapatkan perspektif ilmiah dan dasar, projek penyelidikan dan kajian dasar yang ditugaskan oleh agensi kerajaan dan rakan kongsi institusi, serta bengkel dan simposium antarabangsa dengan institut berprestij di seluruh dunia. Ahli pertubuhan termasuk ahli akademik dan pakar dari universiti dan badan pemikir di Malaysia dan seluruh dunia.
Syarat-Syarat Keahlian
Ahli akademik, penyelidik, pakar atau sarjana yang berminat tentang hubungan antarabangsa di Asia Timur
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Dapat berhubung dan membina rangkaian di kalangan penyelidik, rakan kongsi dan pihak pemegang taruh merentasi sempadan institusi.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/EAIRcaucus/ | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | https://eair-caucus.org/ |
Telegram | : |