PERSATUAN PENDUDUK JALAN 3/2, 3/3, 3/4 SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
PPM-003-10-10102020
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN PENDUDUK JALAN 3/2, 3/3, 3/4 SEKSYEN 3, BANDAR BARU
BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
Maklumat Pertubuhan
1. Mengeratkan perasaan muhibah dan saling hormat menghormati
2. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya
peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala
sosial serta memupuk memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin dikalangan mereka
3. Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat
4. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk
semangat kejiranan dan persahabatan
5. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang
berkuasa mengenai masalah penduduk
6. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial,
akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat
Latar Belakang Pertubuhan
(a) Ekoran mesyuarat Brain Storming pada 4 Mac 2020 di Masjid Al Umm bagi membincangkan pelaksanaan Kawalan Keselamatan Qariah Al Madani, terdapat kekangan pelaksanaan Kawalan Keselamatan dari segi keperluan perundangan seperti pemasangan Boom Gate, Pondok Keselamatan, penutupan jalan, menahan kenderaan, lantikan pengawal keselamatan serta kekangan mendapatkan kerjasama agensi awam.
(b) Isunya adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Agensi Awam lebih responsif terhadap Badan atau Organisasi yang mewakili penduduk secara sah iaitu melalui Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
(c) Rumusan mesyuarat 4 Mac 2020 bersetuju akan perkara berikut:
(i) Tubuhkan Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan;
(i) Drafkan Perlembagaan Persatuan Penduduk;
(ii) Tubuhkan satu Jawatankuasa Protem bagi melaksana persetujuan para 3(c)(i) dan 3(c)(ii);
(iii) Semua program aktiviti Penduduk Kawasan Al Madani ditempatkan dibawah naungan Persatuan Penduduk Seksyen 3 Bandar Baru Bangi; dan
(iv) Kertas cadangan penubuhan dibentang dalam Mesyuarat Agong yang akan ditetapkan kelak.
Syarat-Syarat Keahlian
1. PROSES PENUBUHAN
(a) Panduan Permohonan Pendaftaran Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan seperti di LAMPIRAN B menetapkan 7 orang ahli Mesyuarat Penaja setuju untuk menubuhkan Persatuan.
(b) Sungguhpun demikian dalam hal penubuhan Persatuan Penduduk yang melibatkan ramai stakeholders dan pelbagai golongan masyarakat, lebih sesuai sekiranya pembentangan dibuat diplatfom Mesyuarat Agong kerana perlu melibatkan keseluruhan masyarakat kawasan Al Madani.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
KELEBIHAN PERSATUAN PENDUDUK
1. Memupuk keakraban dan saling memahami dikalangan penduduk.
2. Meningkat semangat gotong royong dan sikap tolong menolong dalam soal kebajikan dan keharmonian.
3. Meningkatkan nilai institusi kekeluargaan berasaskan aktiviti :
a) Kebudayaan dan sosial;
b) Sukan dan rekreasi;
c) Kebersihan dan persekitaran;
d) Perkembangan anak-anak.
4. Memupuk dan menanam semangat muhibbah melalui pelbagai aktiviti kumpulan.
5. Melindungi kepentingan bersama mengenai sebarang bentuk harta benda persendirian dan kegunaan bersama di kawasan kediaman.
6. Membangkitkan isu-isu kepentingan semasa penduduk seperti kebersihan, keselamatan dan kemudahan kawasan kepada pihak berwajib.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |