Komuniti Bebas Dadah Dengan Kerjasama AADK Cawangan Kajang





KETERANGAN PROGRAM
Program Komuniti Bebas Dadah dengan kerjasama dari AADK Cawangan Kajang.
Penceramah jemputan dari AADK Cawangan Kajang membicarakan tentang ancaman dadah, jenis-jenis dadah yang digunakan, cara mengenal pengguna dadah, simptom, kaedah pemulihan dan Tindakan Pencegahan.
Program melibatkan ceramah, tindakan pencegahan, sesi soal jawab, makan minum peserta serta sagu hati kepada Penceramah
KESIMPULAN
Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan 3/2, 3/3, 3/4 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dengan kerjasama dari AADK Cawangan Kajang.
Penceramah jemputan dari AADK Cawangan Kajang membicarakan tentang ancaman dadah, jenis-jenis dadah yang digunakan, cara mengenal pengguna dadah, simptom, kaedah pemulihan dan Tindakan Pencegahan.
Program melibatkan ceramah, tindakan pencegahan, sesi soal jawab, makan minum peserta serta sagu hati kepada Penceramah.
Antara lain, AADK menyampaikan 3 perkhidmatan utama iaitu:
a) Rawatan Dan Pemulihan;
b) Pencegahan dadah; dan
c) Penguatkuasaan
Rawatan Dan Pemulihan
Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (chronic relapsing disease) dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah.
Pencegahan Dadah meliputi (a) Program dan aktiviti anti-dadah dalam komuniti (b) Penyampaian mesej bahaya dadah melalui ceramah, pameran, edaran risalah dan sebagainya serta (c) Intervensi awal kepada kumpulan berisiko.
Penguatkuasaan - iaitu menjalankan fungsi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6 Akta AADK 2004 kecuali Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.
Program telah meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai bahaya salah guna dadah serta langkah bagi mengatasinya.