AKTIVITI |
Bantuan Awal Kecemasan dan Program Pengurusan Bencana Dengan Kerjasama Pejabat Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat


KETERANGAN PROGRAM


Program telah diadakan dengan kerjasama Ceramah termasuk definisi kecemasan dan bencana. Ciri keutamaan dalam pengurusan bencana. Jenis2 bencana – banjir, kebakaran, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya. Teknik menyelamat dan komunikasi. Peralatan yang digunakan, langkah-langkah keselamatan diri, demonstrasi bantuan kecemasan kepada mangsa bencana.



KESIMPULAN

 

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan 3/2, 3/3, 3/4 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah meningkatkan pengetahuan tentang tindakan kecemasan yang boleh diambil (atau yang tidak boleh diambil) oleh First Responder Life Support (FRLS) atau penyelamat yang sampai terdahulu yang mampu memberikan bantuan. Taklimat termasuk teknik CPR, patah anggota (tulang), melecur, pitam, renjatan dan penyediaan Automated External Defibrillation (AED).

 

Ada terdapat beberapa keperluan seperti berikut:

a)             Mengenal pasti nilai-nilai yang perlu ada sebagai First Responder yang semestinya memerlukan kepada latihan dan amali seperti kesedaran terhadap keselamatan diri, keyakinan, kemahiran dan sebagainya;

b)             Mengenal pasti kemahiran perawatan awal yang perlu ada bagi setiap First Responder;

c)              Mengenal pasti keperluan peralatan perawatan awal dan

d)             Memahami Sistem Perkhidmatan Perubatan Kecemasan di Malaysia.

 

Seterusnya diperincikan matlamat sebagai First Reponder yang merangkumi aspek berikut:

a)             Tahu apa yang anda tidak patut lakukan;

b)             Tahu bagaimana untuk menggunakan sumber yang ada;

c)              Tahu bagaimana untuk menambahbaik; dan

d)             Tahu bagaimana untuk membantu lain-lain agensi penyelamat

 

Lain-lain perkara pentadbiran juga telah dimaklumkan iaitu:

a)             Sistem Perkhidmatan Perubatan Kecemasan(EMS) dan Ambulans;

b)             Sistem Perkhidmatan Perubatan Kecemasan;

c)              Laporan Kes;

d)             Penghantaran maklumat atau despatching;

e)             First response and Pre Hospital Care;

f)               Fungsi dan peranan First Responder;

g)             Sikap dan perilaku;

h)             Peranan dan tanggung jawab;

i)                What Not To Do;

j)                Kemahiran yang perlu ada;

k)              Pengangkutan (Transportation); dan

l)                Dokumentasi.

 

Program telah meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai peranan, tanggungjawab dan kemahiran yang perlu ada pada First Responder untuk menangani tindakan kecemasan semasa dalam bencana.