Pencegahan Kebakaran Dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Bandar Baru Bangi


.jpg)

KETERANGAN PROGRAM
Program Pencegahan kebakaran dengan kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Bandar Baru Bangi.
Penceramah jemputan dari JBPM Cawangan Bandar Baru Bangi membicarakan tajuk utama Pencegahan Kebakaran termasuk pelbagai ancaman punca kebakaran, jenis-jenis kebakaran, bahan-bahan mudah bakar yang terdapat di dalam rumah, serta bahan pemadam sesuai, kaedah mengenal risiko api dan tindakan pencegahan.
Program melibatkan ceramah, tindakan pencegahan, sesi soal jawab, demonstrasi, makan minum peserta serta sagu hati kepada Penceramah.
KESIMPULAN
Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan 3/2, 3/3, 3/4 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bandar Baru Bangi telah meningkatkan pengetahuan tentang Pencegahan Kebakaran dari aspek ancaman dan punca kebakaran, jenis-jenis kebakaran, bahan-bahan mudah bakar yang terdapat di dalam rumah, serta bahan pemadam sesuai, kaedah mengenal risiko api dan tindakan pencegahan.
Sesi demonstrasi cegah / padam kebakaran telah juga diadakan sebagai pengukuhan kepada teori yang disampaikan pada sesi pagi. Teknik pemadaman api yang betul dengan menggunakan alat pemadam api telah juga diadakan. Beberapa Ahli Persatuan telah ambil bahagian dalam latihan pemadaman api menggunakan alat-alat pemadam api (CO2 dan powder Fire Extinguisher).
Pada keseluruhannya, program telah meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai bahaya kebakaran di mana punca utama adalah kelalaian dan kecuaian yang boleh dielak.