PERSATUAN ORANG KURANG UPAYA SUNGAI SIPUT (U) DAN KUALA KANGSAR, PERAK (THE DISABLED PERSONS SOCIETY OF SUNGAI SIPUT (U) AND KUALA KANGSAR, PERAK)
PPM-011-08-09032003
KEBAJIKAN
Kategori
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN ORANG KURANG UPAYA SUNGAI SIPUT (U) DAN KUALA KANGSAR, PERAK
ALAMAT : NO. 28, JKR, JALAN SG. BULOH, 31100 SG. SIPUT (U), PERAK
TARIKH DITUBUHKAN : 03HB. SEPTEMBER, 2003
NO. PENDAFTARAN : PPM-011-08-09032003
JUMLAH KEAHLIAN : 179 ORANG
Maklumat Pertubuhan
1. Memberi galakan kepada orang-orang kurang upaya untuk menggiatkan diri dalam persatuan dan masyarakat sekeliling.
2. Membantu ahli-ahli persatuan untuk memperolehi kemudahan sosial dan ekonomi seperti memperolehi kerusi roda, tongkat, alat-alat ganti dan lain-lain kemudahan yang diperlukan.
3. Mengadakan aktiviti-aktiviti sihat yang dapat memupukkan lagi semangat kesukanan dan kerjasama antara ahli-ahli.
4. Memberi kesedaran kepada masyarakat yang mana orang-orang kurang upaya juga dapat melakukan aktiviti-aktiviti seiring dengan masyarakat keseluruhannya.
5. Membantu orang-orang kurang upaya dalam bidang-bidang pelajaran, latihan dan pekerjaan untuk sama-sama bersaing dengan masyarakat era masa kini.
6. Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan antara kaum-kaum dikalangan orang-orang kurang upaya.
7. Bagi tujuan tersebut, persatuan dibenarkan memiliki tanah bangunan dan lain-lain harta yang pada umumnya dapat menguruskan apa-apa hal yang mungkin perlu untuk memajukan segala dasar dan tujuan di dalam persatuan.
8. Mengemukakan syor-syor kepada kerajaan serta menyarankan dan menyokong undang-undang, pindaan undang-undang dan lain-lain peraturan kerajaan yang berfaedah kepada orang-orang kurang upaya.
9. Menyahut segala seruan pihak kerajaan kepada orang-orang kurang upaya iaitu dengan menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) dan Kuala Kangsar, Perak atau lebih dikenali dengan nama P.O.K.U.S.K telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada tahun 2003 dengan No. Pendaftaran 1328 (lama) / PPM-011-08-09032003 (baharu). Idea yang diberikan oleh Allahyarham Harun bin Mat Yassin selaku Ketua Kampung Lintang pada ketika itu. Allahyarham banyak berjasa dan memberikan kata-kata semangat kepada kedua orang OKU pada masa itu iaitu En. Tang Ah Lik dan En. Aris Shah bin Harun untuk menubuhkan persatuan ini yang telah diiktiraf oleh JPPM sebagai PERSATUAN ORANG KURANG UPAYA SUNGAI SIPUT (U) DAN KUALA KANGSAR, PERAK.
Bagi Tahun 2020-2022, AJK yang dilantik adalah seramai 14 orang iaitu:-
1. Presiden
2. Naib Presiden 1
3. Naib Presiden 2
4. Setiausaha
5. Timbalan Setiausaha
6. Bendahari
7. Timbalan Bendahari
8. 7 orang AJK Biasa
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat-syarat untuk menjadi Ahli POKUSK adalah seperti berikut:-
- Hanya Katogeri Kecacatan Fizikal sahaja
- Had Umur 18 tahun ke atas
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Yuran Keahlian - Ahli Biasa Daftar RM5.00 seumur hidup
- Yuran keahlian - Ahli Bersekutu Daftar RM10.00 dan Yuran Tahunan RM5.00
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Persatuan ini aktif menjalankan kegiatan aktiviti untuk semua ahli-ahlinya. Bertujuan untuk menarik minat untuk OKU menyesuaikan diri dengan komuniti dan mengeratkan lagi silaturahim antara rakan-rakan oku yang lain.
Persatuan seperti kebiasaanya setiap tahun mengadakan aktiviti seperti Mesyuarat Agung, Mesyuarat AJK, Konvoi Bermotor sempena sambutan Hari Malaysia, Hari Keluarga dan Sukaneka dan beberapa aktiviti luaran sekiranya mendapat jemputan.
Persatuan menyediakan bantuan seperti peralatan kerusi roda, tongkat ketiak, tongkat frame dan lain-lain dan sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya seperti memberi sedikit sumbangan kepada ahli-ahli yang sakit atau meninggal dunia.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | pokusk03.blogspot.com |
Telegram | : |