PROGRAM AUDIT AKSES DIBAWAH BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) DAN AUDIT AKSES DALAM PERSEKITARAN ALAM BINA 2022 PERAK





Pada 14.07.2022, Pihak persatuan telah mendapat Jemputan untuk seorang peserta OKU mengikut PROGRAM AUDIT AKSES DIBAWAH BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) DAN AUDIT AKSES DALAM PERSEKITARAN ALAM BINA 2022 PERAK.
Program ini dibawah seliaan KAED Universal Design Unit (KUDU), Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan Kerjasama Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang-Orang Kurang Upaya dan Pertubuhan Akitek Malayisa (PAM) dan turut serta dua (2) orang Pegawai dari Dewan Bandaraya Ipoh.
Antara lokasi yang diaudit adalah seperti berikut:-
1. Gerbang Malam melibatkan kemudahan tandas awam, ruangan solat, kaunter pembayaran untuk OKU. Juga menilai dari aspek RAM untuk oku berkerusi roda dan OKU penglihatan dan kawasan ruangan meja makan untuk OKU dan RAM ke stesen bas di area Gerbang Malam.
2. Pasar Tanjung Rambutan melibatkan audit akses di kawasan pasaraya, tandas OKU, ruangan Solat OKU, kaunter dan RAM untuk memudahkan OKU yang bekerusi roda menaiki lantai yang tinggi.
3. Bangunan Dewan Bandaraya Ipoh, audit akses di kaunter, tandas OKU, bilik solat, RAM dan sebagainya yang bersesuaian untuk keselesaan OKU.
Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program TOT.