AKTIVITI |
MAJLIS PENYERAHAN BARANGAN DAPUR SEMPENA TAHUN BAHARU CINA


Pada 19hb. Februari, 2020 (Rabu), Persatuan POKUSK mengadakan Majlis Penyerahan Barangan Keperluan kepada ahli-ahli yang menyambut Tahun Baharu Cina yang disumbangkan oleh Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. Majlis diadakan di pejabat POKUSK Sungai Siput. Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran Tuan Hj. Abdul Samat selaku Pengarah YKN Zon Utara 1, Ipoh bersama pegawainya Puan Lalitha. Persatuan POKUSK juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ho Wing Luang dari Total Medical Speciallist yang sudi memberikan ANGPAU kepada rakan-rakan OKU di POKUSK. Beliau juga adalah ahli dari Persatuan ini.