PROGRAM SIHAT DAN CERGAS BERSAMA GOLONGAN OKU (POKUSK) TAHUN 2022





Persatuan Orang Kurang Upaya Sungai Siput (U) dan Kuala Kangsar, Perak beralamat No. 28 JKR Kg. Sg. Buluh, Sungai Siput (U), Perak dengan No. Pendaftaran PPM-011-08-09032003 telah berjaya melaksanakan Program Sihat Dan Cergas Bersama Golongan OKU (POKUSK) Tahun 2022 pada 24hb. Julai, 2022 (Ahad) Jam 8:00 pagi hingga 2:00 petang bertempat di Dewan Penduduk Kg. Sg. Buloh, Sg. Siput (U), Perak
Untuk makluman Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), dalam data permohonan asal tempat adalah di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Buloh namun tangga untuk naik ke atas Gelanggang Bola Keranjang sangat tinggi dan menyukarkan kepada para OKU yang berkerusi roda biasa dan kerusi roda bateri untuk naik ke lantai gelanggang bola keranjang.
Oleh yang demikian, setelah berbincang dalam Mesyuarat Perbincangan pada 17hb. Julai, 2022 di Pejabat POKUSK, semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan sebulat suara memohon menyewa Dewan Penduduk Kg. Sg. Buloh. Alhamdulilah, permohonan telah diterima dan Pengerusi Dewan telah bersetuju untuk OKU menggunakan dewan tersebut dengan sewaan RM250.00