PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)
PPM-026-10-21122020
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA atau lebih dikenali dengan nama PEMAAF mula di daftarkan pada 21 Disember 2020, tujuan persatuan ini di tubuhkan setelah pengasas yang juga sebagai pengerusi yang di lantik hasil dari dari ideal bersama penaung dan rakan-rakan yang kemudiannya mengatur bekas banduan yang telah bebas dan juga banduan yang belum bebas bagi merancang perjalanan masa depan serta hala tuju persatuan, pengerusi sendiri yang kemudiannya berbincang dengan sebahagian dari bekas-bekas pesalah yang mencapai kata sepakat untuk membantu dan terus mendaftarkan persatuan dengan pertubuhan pendaftaran Malaysia (ROS) setelah berjaya di daftarkan persatuan ini telah mendapat kepercayaan daripada beberapa media tempatan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi bagaimana perjalanan dan hala tuju persatuan dapat mengubah seseorang yang telah lama telah terjerumus daripada najis dadah dan berbagai-bagai kesalahan jenayah sehingga ada di antaranya boleh berjaya sehingga dapat menjadi pengurus di sebuah syarikat yang besar juga telah menguruskan restoran yang di kenali ramai, atas dasar itu salah satu stesen radio (BERNAMA) telah menghubungi persatuan untuk di keudarakan secara live dengan pengerusi PEMAAF sendiri pada 25 Januari 2021, dan sebelum itu telah di siarkan di akhbar Harian Metro 7 Julai 2020 semasa sebuah syarikat milik Pengerusi sendiri iaitu SHAHIRUL RESOURCES dengan mengunakan DANA sendiri yang sedia ada kemudian mengatur kerja-kerja amal serta bantuan di samping mengambil mereka bekerja dengan syarikat.
Maklumat Pertubuhan
Nama Pertubuhan
PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)
No Pertubuhan
PPM-026-10-21122020
Pengasas/Pengerusi
MOHD SHAHIRUL KHALID BIN MOHAMAD
Alamat
No.2 JALAN P9B/12, PRESINT 9
62250 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
Bank
BANK PERTANIAN MALAYSIA (AGROBANK)
(1005 5610 0014 7612)
No. Telefon
017-300 8048
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara atau lebih dikenali sebagai PEMAAF secara sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 21 Disember 2020. NGO yang diasaskan oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Pengerusi Mohd Shahirul Khalid Bin Mohamad ini sudah mula aktif menjalankan aktiviti sejak awal 2018 dan mula beroperasi sepenuhnya setelah didaftarkan pada 2020. Sehingga kini, PEMAAF mempunyai 32 orang organisasi yang bertugas secara sukarela untuk memastikan kelancaran pengurusan program dan tanggungjawab sosial yang lain. Objektif utama PEMAAF adalah memfokuskan kepada pembangunan asnaf dan sukarelawan anak muda juga golongan yang terpinggir oleh masyarakat yang tergolong dari kalangan bekas-bekas banduan yang telah dibebaskan dari penjara serta gelandangan. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta serta badan-badan sukarela untuk menjalankan aktiviti membantu masyarakat di dalam mengatasi masalah sosial. Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dalam bentuk yang bersesuaian. Memberikan perlindungan kepada pesakit- pesakit HIV lelaki islam di bawah pusat perlindungan HIV. Mengadakan kursus-kursus motivasi yang bersifat keagamaan dan akhlak secara berkala kepada masyarakat islam dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa berkaitan. Menggalak dan menyedarkan masyarakat agar menjadi masyarakat berilmu dengan budaya rajin membaca. Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk menambahkan dana persatuan bagi mencapai objektif dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan. Untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan pertubuhan selaras dengan tujuannya.Menerima sumbangan dari pihak kerajaan, swasta dan orang ramai untuk persatuan menjalankan aktiviti selaras dengan objektifnya. Untuk menjalankan perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya sekali kepada sebarang ahli atau pekerja pertubuhan ini.Harapan PEMAAF adalah untuk memperluas dan memperkasakan penglibatan anak muda dalam aktiviti sukarelawanan dan kebajikan dalam dan luar negara.
Syarat-Syarat Keahlian
Warganegara : Malaysia
Umur : 20 Tahun
Agama : Semua
Bangsa : Semua
Jantina : Lelaki Dan Perempuan
Kretiria Keahlian :
Ahli Biasa Terdiri Daripada Semua Yang Ingin Menjadi Ahli Tidak Tergolong Di Dalam Ahli Yang Bebas Sahaja,mereka Juga Boleh Sama-sama Membantu Dan Memberi Sokongan Dan Dorongan Kepada Ahli Yang Telah Bebas.
Ahli Kerhormat :
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Menjalankan aktiviti-aktiviti riadah untuk golongan kurang upaya ini seperti lawatan-lawatan riadah/rekreasi, senamrobik, bersukan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
memberi kesedaran tentang masalah penagihan dadah. memdisiplin dan tingkahlaku yang positif demi melahirkan insan yang berkualiti dan bermotivasi tinggi.
Membuka peluang kepada ahli-ahli untuk menjadi usahawan perniagaan dari pelbagai bidang dan sektor untuk menjadi seseorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri,masyarakat,keluarga dan negara.
Membuka peluang kepada ahli dengan menghantar untuk menhadiri kursus- kursus yang di anjurkan oleh kerajaan termasuk mendaftar suruhanjaya syarikat malaysia dan menyertai kursus cidb dan lain-lain untuk lebih berpengetahuan dari segi perniagaan serta yang berkaitan.
Pautan Sosial Media
: | PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA | |
Youtube | : | PEMAAF CHANEL |
: | pemaaf malaysia | |
: | ||
TikTok | : | pemaaf malaysia |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : | PEMAAF PENJARA |