PROGRAM PELEPASAN BANDUAN SECARA LESEN (PBSL)




Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) PEMAAF dengan kerja sama Penjara Jelebu adalah satu inisiatif yang memberi peluang kepada banduan yang layak untuk menjalani baki hukuman mereka di luar penjara dengan syarat-syarat tertentu. Program ini bertujuan untuk membantu banduan menyesuaikan diri semula dalam masyarakat dan menyediakan mereka dengan peluang pekerjaan serta sokongan komuniti.
PEMAAF bersama Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) melibatkan seramai 42 prospek yang layak mengikuti program ini. Pecahan penempatan melibat 25 kepada majikan yang menyediakan peluang latihan kerjaya, 15 penempatan di Rumah Perantaraan Negeri Sembilan dan 2 bersama keluarga.
Sebagai contoh, pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 baru-baru ini, 46 banduan dari Institusi Pemulihan Dadah Jelebu diberi pelepasan PBSL melalui program Ihsan Madani. Program ini melibatkan kerjasama strategik antara Jabatan Penjara dan pihak industri melalui inisiatif Corporate Social Internship (CSI), yang memastikan banduan mendapat pekerjaan dan sokongan yang diperlukan untuk reintegrasi ke dalam masyarakat
Pada sesi ini juga diadakan Taklimat Motivasi daripada Persatuan Penempatan dan Pemulihan (PEMAAF) bertajuk " Mulakan Langkah Pertama Untuk Mencapai Kejayaan" . Inisiatif ini bertujuan bagi membantu dan membangkitkan semangat jati diri Prospek supaya dapat menjalani program dan peluang yang telah diberikan dengan jayanya.
Hadir bersama PKP Hasrul Anwar bin Hasim Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, En Shahirul Khalid bin Mohamad Pengerusi Persatuan Penempatan dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) serta Pegawai Urusetia PBSL Institusi.