AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN BEKAS PESALAH PENJARA


Semoga usaha kecil PEMAAF ini dapat memberi manfaat kepada Persatuan selain menjadi asbab kepada pengurusan kes penyalahgunaan dadah yang lebih efisien dan teratur pada masa hadapan.


BANTU MEREKA UNTUK BERUBAH


Bermula kembali dengan kami dengan berusaha itu dari diri mereka sendiri untuk mengubah masa depan mereka serta berbakti kepada keluarga, masyarakat dan agama. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya, Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara lebih dikenali dengan nama PEMAAF dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia 'Mencari Sinar' telah berjaya direalisasikan untuk bersama membantu kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dengan masyarakat dalam menempatkan serta memulihkan saudara-saudara kita yang tersalah langkah untuk kembali bersama kita. 


Organisasi utama PEMAAF sentiasa memandang serius gejala virus yang merosakkan pemikiran serta saraf otak yang kini melanda negara daripada dulu lagi iaitu penagihan dadah oleh anak muda yang meningkat remaja sekarang ini sehingga meningkat usia. Justeru itu tindakan menangkap, mendakwa seterusnya mengurung mereka di dalam penjara tidak dapat memulihkan individu tersebut sepenuhnya tanpa mendekati mereka dan menempatkan serta pemantauan yang baik tidak akan memulihkan sepenuhnya. Oleh itu PEMAAF sejak dari dulu lagi yang akan ketengahkan untuk menyedarkan bekas-bekas pesalah dan juga masyarakat setempat serta ahli keluarga betapa penyakit ini lagi bahaya yang akan menjerat anak-anak muda berbagai bangsa di masa sekarang hingga akan sampai ke lanjut usia yang kemudiannya merugikan negara kita sendiri.


Apa yang perlu anda buat adalah memberi sokongan untuk membantu mendekati mereka serta membanteras gejala yang merosakkan pemikiran golongan pesalah ini. Semoga dengan wujudnya PEMAAF ini, pihak pengurusan dan AJK yang terdiri daripada sebahagian bekas-bekas pesalah yang ingin merubah rakan pesalah yang lain juga dapat mencapai agenda serta hala tuju PEMAAF ini. Selain itu juga dapat menjadi pedoman kepada para pesalah supaya lebih menitikberatkan akal fikiran sebelum mencuba sesuatu bahan yang boleh merosakkan diri sendiri serta keluarga yang akan menerima kesannya.



“Bekas Banduan” PPS


‘Bekas banduan’ bermaksud seseorang pesalah yang telah bebas dan telah menjalani hukuman penjara selama mana kesalahan yang telah di lakukan dan telah di dakwa di mahkamah sejak mula di tangkap dan telah mendaftarkan diri di dalam program penempatan semula yang di anjurkan oleh pihak penjara sendiri iaitu (PPS). Program itu adalah secara sukarela dan didaftarkan nama setiap banduan sebelum dibebaskan dulu sehingga ke satu tarikh penghuni penjara itu akan dibebaskan, pihak penjara berperanan mencari majikan yang berminat untuk mencari pekerja dari kalangan bekas banduan yang telah bebas. Sebelum majikan mengambil bekas banduan tersebut majikan hendaklah mendaftar syarikat dengan penjara dahulu dengan mengemukakan dokumen profail syarikat untuk pihak penjara meluluskan permohonan serta menghubungi majikan yang berdaftar untuk di ambil bekerja.