PELEPASAN BANDUAN SECARA LESEN (PBSL) IHSAN MADANI (KEPULANGAN YANG DINANTI) SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2024 PEMAAF BERSAMA PENJARA NEGERI SEMBILAN

.jpg)

29 Ogos 2024 | Khamis - PEMAAF bersama Penjara Negeri Sembilan telah mengadakan Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ihsan madani ( kepulangan yang di nanti ) sempena hari kebangsaan 2024 melibatkan seramai 4 orang prospek Penjara Seremban, 6 orang prospek Institusi Pemulihan Dadah Jelebu yang layak mengikuti program ini. Pecahan penempatan melibat 4 orang propek kepada majikan yang menyediakan peluang latihan kerjaya, 2 orang penempatan di Rumah Perantaraan Negeri Sembilan dan 3 orang prospek bersama keluarga.
Pada sesi ini juga diadakan Taklimat Motivasi daripada Persatuan Penempatan dan Pemulihan (PEMAAF) bertajuk " Mulakan Langkah Pertama Untuk Mencapai Kejayaan" . Inisiatif ini bertujuan bagi membantu dan membangkitkan semangat jati diri Prospek supaya dapat menjalani program dan peluang yang telah diberikan dengan jayanya.
Hadir bersama PP Muhamad Naim Bin Haji Amir Timbalan Pengarah Penjara Seremban, TPP Mohd Suhaimi Bin Muhamad, En Shahirul Khalid Bin Mohamad Pengerusi Persatuan Penempatan dan Pemulihan Penjara (PEMAAF), motivator jemputan Cik Hayfa Amira Al Rauff serta Pegawai Urusetia PBSL Institusi.