AKTIVITI | KEBAJIKAN
Menyumbangkan barang harian kepada mangsa covid-19


Pada 26hb Mei 2021 saya dan Pengasas Pusat Jagaan saya bersama dengan rakan sekerja saya mengunjungi Kampung Sungai Temon dan berjumpa dengan Ketua Penghulu Kampung Sungai Temon dan memberikan barangan keperluan harian mereka seperti beras, milo, susu, gula pasir, biskut, maggi, bee hoon, tepung gandum dan sebagainya. Ketua penghulu disitu dapat mengagihkan barangan tersebut kepada penduduk disitu dan kami juga tidak mahu mengambil risiko dengan mengunjungi setiap rumah disitu untuk memberi barang keperluan mereka oleh kerana bencana covid 19 ini masih berleluasa. Kami begitu terharu apabila mendapat tahu penduduk kampung ini serba kekurangan dan kanak-kanak di situ tidak mempunyai bekalan makanan yang secukupnya. Jadi kami mengambil keputusan untuk membahagi bahagikan rezeki yang ada pada kami agar kami dapat menolong mereka atas dasar peri kemanusian. Sekian terima kasih.