AKTIVITI | KEBAJIKAN
MAJLIS BERBUKA PUASA MUAFAKAT MACHANG BUBOK 2022 PADA TAHUN 2022


Jumlah peserta bagi program tersebut adalah seramai 50 orang dan dihadiri terdiri dari ahli Persatuan  Kebajikan dan Sosial Anak-Anak Kampung Machang Bubok ,Pulau Pinang dan tetamu jemputan seperti OCS/Ketua Balai Polis Machang Bubok,Ahli Majlis MBSP,Imam Masjid Jamek Kampung Machang Bubok dan golongan asnaf di Kampung Machang Bubok.


Program Berbuka Puasa Muafakat Machang Bubok 2022 merupakan salah satu program bagi mendekatkan lagi hubungan dan silaturahim sesama ahli persatuan serta dapat menimbulkan semangat kerjasama dan gotong royong dalam menjayakan sesuatu Majlis.Program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin tempatan dan jabatan kerajaan seperti Balai Polis dan pejabat kerajaan yang lain seperti qaryah masjid juga tidak dilupakan.Tambahan lagi dapat memberi makan kepada golongan yang berpuasa dan berkongsi rezeki dengan golongan yang susah dan tidak berkemampuan di Bulan Ramadzan boleh mendapat pahala yang berlipatkali ganda .