PERSATUAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL ANAK-ANAK KAMPUNG MACHANG BUBOK PULAU PINANG
PPM-003-07-02092020
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Kebajikan Dan Sosial Anak - Anak Kampung Machang Bubok,Pulau Pinang.( PPM-003-07-02092020)
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Kebajikan dan Sosial Anak-Anak Kampung Machang Bubok,Pulau Pinang ditubuhkan pada 2 September 2020 berlamat di 1495 MK 16 Machang Bubok 14020 Bukit Mertajam Pulau Pinang. Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan di kalangan ahli persatuan khususnya dan semua penduduk kampung Machang Bubok Amnya dan juga memperkasakan aktiviti bersosial di kalangan pelbagai usia bagi menanam semangat setiakawan dikalangan penduduk, mengambil tindakan bersama dalam semua perkara yang melibatkan antara penduduk dalam dan luar komuniti, menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertelingkahan, mewakili penduduk didalam apa jua rundingan,.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Kebajikan Dan Sosial Anak-Anak Kampung Machang Bubok ,Pulau Pinang telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 2 September 2020 dengan nombor pendaftaran PPM-003-07-02092020.
Persatuan ini ditubuhkan adalah inisiatif anak-anak Kampung Machang Bubok yang telah berbincang dan bersefakat yang juga terdiri dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang yang merestui penubuhan persatuan ini.Persatuan Kebajikan dan Sosial Anak-Anak Kampung Machang Bubok,Pulau Pinang ditubuhan pada 2 September 2020 dan mempunyai keahlian sebanyak 55 orang keahlian.
Syarat-Syarat Keahlian
Terbuka kepada penduduk Kg Machang Bubok yang berumur 18 tahun ke atas . Mereka yang memohon keahliani boleh mengisi borang permohonan keahlian yang boleh diperolehi daripada setiausaha persatuan. Borang yang telah lengkap perlu diserahkan semula kepada setiausaha dan keputusan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Menjadi AJK persatuan
2. Berbakti kepada masyarakat dan komuniti.
3. Info terkini mengenai Kampung Machang Bubok .
4. Menyertai aktiviti anjuran persatuan.
5. Mengeratkan silaturahim sesama ahli dan penduduk kampung
6. Salah satu hidup bermuafakat sesama ahli persatuan dan orang kampung.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/muafakat.machangbubok | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |