BERITA | REKREASI
Gotong Royong Menyiapkan Gelanggang Futsal Muafakat Machang Bubok bagi golongan Belia MB

Alhamdulillah,Tahniah kepada semua yang terlibat dalam memenuhi inspirasi anak -anak muda bagi merealisasikan gelanggang futsal yg sekian lama diidamkan dan didambakan.Dengan kerjasama semua pihak dari pelbagai kalangan penduduk Kampung Machang Bubok tidak mengira latar belakang dan kefahaman semuanya telah berganding bahu dan semangat jitu berjaya mengadakan gotong- royong bagi menyiapkan sebuah gelanggang futsal bagi kemudahan kegiatan sukan dan sosial anak-anak kampung Machang Bubok.Semoga dengan siapnya gelanggang futsal ini dapatlah golongan belia dan remaja dapat menjalankan latihan dan pertandingan bagi mengisi masa lapang yg terluang dan demi kesihatan .Pihak Persatuan Kebajikan dan Sosial Anak 2 Kampung Machang Bubok,Pulau Pinang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung.."Bersatu Bergerak Maju"