BERITA | KEBAJIKAN
Program Meraikan Anak-Anak Yatim dari Permatang Pauh

Assalamualakum dan salam sejahtera ,Alhamdulillah persatuan ingin memaklumkan bahawa Program Meraikan Anak-Anak Yatim sedang berjalan dengan lancarnya dan pihak persatuan ingin mengucapkan ucapan tahniah kerana program julung kali ini dapat dilaksanakan dan sedang berjalan dengan jayanya dan anak-anak yatim amat bergembira sambil menikmati jamuan makan yg telah disediakan dengan menu istimewa daging rusa bakar dan kambing bakar beserta pelbagai menu dan juadah istimewa bagi meraikan mereka sempena hujung tahun dan cuti sekolah yg sedang berlansung.Semoga dengan berkongsi rezeki dapatlah sedikit sebanyak dapat mengubat rasa rindu dan keprihatinan kepada golongan anak yatim ini.Sama-samalah kita dapat membantu dan menyumbang demi kelansungan golongan anak.-anak yatim ini.Mereka semua ini dibantu dan dibelai demi masa depan mereka..tahniah kepada semua yang terlibat "Bersatu Bergerak Maju" dan "Beramal Menuju Ke Surga"