AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM ’RIDE SANTAI’ MUAFAKAT MACHANG BUBOK 2022 PADA 18-9-2022
  • PERSATUAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL ANAK-ANAK KAMPUNG MACHANG BUBOK PULAU PINANG
  • Penganjur : ANJURAN PERSATUAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL ANAK-ANAK KAMPUNG MACHANG BUBOK,PULAU PINANG DENGAN KERJASAMA QARYAH MASJID JAMEK MACHANG BUBOK, BUKIT MERTAJAM.
  • Lokasi : Bermula dari Kampung Machang Bubok ,BM ke Keda Resort Kg. Bendang Man Sik,Kedah Darul Aman
  • Tel : 0135303027
  • Tarikh : 18/09/2022 - 18/09/2022
  • Masa : 5:20AM - 7:30PM
  • 220


Jumlah peserta bagi program tersebut adalah seramai 126 orang bermotosikal dan dihadiri terdiri dari ahli Persatuan  Kebajikan dan Sosial Anak-Anak Kampung Machang Bubok ,Pulau Pinang dan tetamu jemputan Ahli Majlis MBSP,Imam Masjid Jamek Kampung Machang Bubok dan AJK Qaryah Masjid Machang Bubok serta penduduk di Kampung Machang Bubok.


Program Ride Santai Muafakat Machang Bubok 2022 merupakan salah satu program bagi mendekatkan lagi hubungan dan silaturahim sesama ahli persatuan serta dapat menimbulkan semangat bekerjasama dan ingin menimba ilmu kerohanian dan mendekatkan diri dengan Allah dan dapat mengenali semua penduduk kampung dan seluruh peserta konvoi yang setelah kian lama tidak bertegur sapa dan menjalinkan semangat prihatin sesama masyarakat kampung.Program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin tempatan dan barisan penduduk kampung tidak mengira tua dan muda dan dapat memupuk semangat kerjasama dan jalinan ukhuwah yang lebih padu dan mesra.

 

 

Sekian, terima kasih.