AKTIVITI |
PROGRAM KESIHATAN DAN KESELAMATAN BERSAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SERTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA TAHUN 2022


1.0 PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG

Aspek keselamatan dan kesihatan merupakan aspek terpenting yang perlu di titik beratkan dalam sesebuah premis kediaman. Hal ini kerana, bencana kecemasan adalah sukar diramal dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.


1.2 OBJEKTIF

a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada penduduk Taman Seri Anggun tentang kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan.

b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran dan penyakit berjangkit.

c) Penduduk Taman Seri Anggun berupaya menjalani latihan menyelamat.

d) Memastikan penduduk Taman Seri Anggun peka terhadap risiko jangkitan pelbagai penyakit berjangkit.


1.3 CERAMAH

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah di jemput untuk memberikan ceramah keselamatan, kesihatan dan kesedaran.



2.0 PENGISIAN PROGRAM

Pengisian berbentuk sesi ceramah dan jamuan makan tengahari. Tentatif program adalah seperti di Lampiran A. Gambar semasa program adalah seperti Lampiran B.

2.1 PESERTA

Seluruh penduduk Taman Seri Anggun serta masyarakat setempat.

2.2 JEMPUTAN PROGRAM

Program telah menjemput pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serta pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).


2.3 WAKTU DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh : 30 OKTOBER 2022

Masa : 8 pagi hingga 12 tengahari

Tempat : Taman Seri Anggun, 11900 Pulau Pinang


2.4 AJK PROJEK

Penyelaras projek: Encik Abdul Hamid Mydin

Setiausaha: Cik Nor Shahirah Abdul Hamid

Bendahari: Encik Ismanizal Ibrahim


AJK KERJA

1. AJK Program

Penyelaras: Encik Aizat Hisham Ahmad


2. AJK Kerohanian

Penyelaras: Encik Irman Khalif Mohamed


3. AJK Fotografi, Video & Teknikal

Penyelaras: Encik Norashiddin Kamaruddin


4. AJK Logistik

Penyelaras: Tuan Hj Karsa Nordin


5. AJK Aktiviti Riadah

Penyelaras: Encik Mohammad Nayan


6. AJK Jamuan dan Makanan

Penyelaras: Abdul Gaffor Mohamed Mydin


3.0 PERBELANJAAN

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan: RM 5241.00


4.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat secara menyeluruh kepada warga Penduduk Taman Seri Anggun serta masyarakat setempat dalam memastikan kesihatan dan keselamatan premis kediaman serta penduduk dapat di jaga sepenuhnya. Program ini juga diharapkan dapat memberikan impak yang positif dari segi keselamatan kejiranan serta dapat meningkatkan kualiti sosio-budaya dan ekonomi bagi komuniti di sekitar Taman Seri Anggun melalui hubungan erat dan jitu dalam mencapai matlamat kejiranan dan masyarakat yang gemilang.