AKTIVITI |
PROGRAM KESELAMATAN, JALINAN UKHUWAH SERTA GOTONG-ROYONG PERPADUAN KEJIRANAN TAMAN SERI ANGGUN TAHUN 2022


1.0 PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG

Jalinan ukhuwah bagi Persatuan Penduduk Taman Seri Anggun dalam mewarnai kecemerlangan sesebuah kejiranan dalam memastikan ukhuwah yang cekal dapat dibina sesama jiran tetangga dan masyarakat setempat. Gotong-royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama serta bersifat suka rela untuk memastikan kawasan kejiranan Taman Seri Anggun sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim serta memantapkan lagi hubungan sesama jiran dan masyarakat melalui Persatuan Penduduk Taman Seri Anggun.


1.2 OBJEKTIF

a) Mengeratkan tali silaturahim sesama jiran tetangga agar impak dan mutu kehidupan harian yang lebih berkesan dapat dipertingkatkan.

b) Mengeratkan hubungan ukhuwah sesama penduduk dan masyarakat setempat.

c) Meningkatkan kesedaran keselamatan kawasan kejiranan melalui perhubungan yang lebih positif bagi kemaslahatan ummah.

d) Memotivasi warga masyarakat setempat dalam peningkatan hubungan sosio-budaya dan ekonomi yang lebih baik.

e) Mewujudkan kesan positif aktiviti gotong-royong bagi memastikan kawasan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan tersusun sekali gus mengurangkan penyakit berjangkit seperti demam denggi.


1.3 AKTIVITI PROGRAM KESELAMATAN, JALINAN UKHUWAH SERTA GOTONG-ROYONG PERPADUAN

Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah merangkumi aktiviti ceramah, serta gotong-royongsesama jiran tetangga bagi penduduk Taman Seri Anggun dan masyarakat setempat.


1.4 CERAMAH

Pihak Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah di jemput untuk memberikan ceramah kepada penduduk Taman Seri Anggun.


2.0 PROGRAM

2.1 PENGISIAN PROGRAM

Pengisian berbentuk sesi ceramah dan gotong-royong serta jamuan makan tengahari.


2.2 PESERTA

Seluruh penduduk Taman Seri Anggun dan masyarakat setempat.


2.3 JEMPUTAN PROGRAM

Program telah menjemput pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM)

serta pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.


2.4 AJK PROJEK

Penyelaras projek: Encik Abdul Hamid Mydin

Setiausaha: Cik Nor Shahirah Abdul Hamid

Bendahari: Abdul Gaffor Mohamed Mydin


AJK KERJA

1. AJK Program

Penyelaras: Encik Aizat Hisham Ahmad


2. AJK Kerohanian

Penyelaras: Encik Irman Khalif Mohamed


3. AJK Fotografi, Video & Teknikal

Penyelaras: Encik Norashiddin Kamaruddin


4. AJK Logistik

Penyelaras: Tuan Hj Karsa Nordin


5. AJK Aktiviti Riadah

Penyelaras: Encik Mohammad Nayan


6. AJK Jamuan dan Makanan

Penyelaras: Encik Ismanizal Ibrahim


3.0 PERBELANJAAN

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan: RM 4814.00

*LEBIHAN BAYARAN DIBUAT MENGGUNAKAN WANG PERSATUAN



4.0. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat secara menyeluruh kepada warga Penduduk Taman Seri Anggun serta masyarakat setempat dalam memastikan ukhuwah yang mantap dijalinkan. Program ini juga diharapkan dapat memberikan impak yang positif dari segi keselamatan kejiranan serta dapat meningkatkan kualiti sosio-budaya dan ekonomi bagi komuniti di sekitar Taman Seri Anggun melalui hubungan erat dan jitu dalam mencapai matlamat kejiranan dan masyarakat yang gemilang bagi kemaslahatan ummah.