AKTIVITI | KEBAJIKAN
DFTN @ OUTREACH


Program Dentistry For The Needy (DFTN) adalah suatu program bersasar untuk memberikan rawatan pergigian secara percuma pada komuniti-komuniti yang terpinggir dan memerlukan. Selain itu, kami juga memberikan pendidikan awal mengenai kepentingan penjagaan mulut dari kanak-kanak lagi melalui ceramah pergigian dan pemberian berus dan ubat gigi secara percuma.