AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM AKTIVITI BERSAMA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS "LET'S MOVE & MESS"
  • PERSATUAN SAYANGI AUTISME MALAYSIA
  • Penganjur : PERSATUAN SAYANGI AUTISME MALAYSIA
  • Lokasi : SK MERU 2, JALAN PAIP
  • Tel : 019-2555925
  • Tarikh : 30/01/2023 - 30/01/2023
  • Masa : 8:00AM - 1:00PM
  • 277


Program bersama pelajar Pendidikan Khas “Let’s Move & Mess” telah diadakan pada 30 Januari 2023 (Isnin) bertempat di Sekolah Kebangsaan Meru 2, Jalan Paip. Seramai 78 orang pelajar, 2 orang Jurupulih Perubatan Cara Kerja Hospital UiTM, 15 orang guru Sek Keb Meru 2, 5 orang sukarelawan dari Fakulti Sains Kesihatan, UiTM yang telah terlibat. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru berkenaan dengan kepentingan “sensory play” dan juga “messy play” terhadap perkembangan sensori, fizikal kognitif dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak tipikal.


Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Lutfi bin Ishak, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Meru 2. Turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Sayangi Autisme Malaysia (PSAM), Dr Hafiz Ibrahim dan Bendahari PSAM Pn Fazwaniey dan Pn Norharianti Talhis, Penolong Kanan Pendidikan Khas Sek Keb Meru 2.


Diharap program seperti ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada guru-guru serta pelajar. Semoga dengan usaha ini juga, masa depan anak-anak ini lebih terjamin dan mereka mampu berdikari seperti orang lain juga.