AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM CERAMAH BERSAMA IBU BAPA & GURU PPKI: "SENSORY PROCESSING AFFECT FUNCTIONAL ABILITIES”
  • PERSATUAN SAYANGI AUTISME MALAYSIA
  • Penganjur : PERSATUAN SAYANGI AUTISME MALAYSIA (PSAM)
  • Lokasi : SK MERU 2, JALAN PAIP
  • Tel : 019-2555925
  • Tarikh : 11/02/2023 - 11/02/2023
  • Masa : 8:00AM - 1:00PM
  • 155


Program ceramah bersama ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas dan guru PPKI telah diadakan di SK Meru 2 pada 11 Februari 2023 yang bertajuk Kesan Proses Sensori kepada Keupayaan Kefungsian. Program ini telah dihadiri seramai 120 orang ibu bapa dan guru PPKI yang terlibat. Ceramah ini telah disampaikan oleh Mr. Chandra Kannan A/L Thanapalan, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan UiTM. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa dan guru berkenaan dengan kepentingan “sensory therapy” dan terhadap perkembangan sensori, fizikal, kognitif dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.


Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. En Mohd Nizam Mohamad Iksan, Guru Besar Sek Keb Meru 2. Turut hadir bersama Guru Besar SK Taman Klang Utama iaitu YBrs. En. M. Khalimi Bin Dalhan @ Mohamad. Selain itu, guru dari SK Meru 2, SK Meru, SK Taman Klang Utama dan SK Sungai Kapar Indah juga turut serta di dalam menjayakan program ini. Selain itu, turut hadir 2 orang Jurupulih Cara Kerja Hospital UiTM, Pn Shahiza Syafawani bt Soleh dan Nurul Amira bt Jusoh.


Diharap program ceramah seperti ini akan diteruskan dan semoga dengan usaha ini juga, masa depan anak-anak ini turut lebih terjamin dan mereka mampu berdikari seperti orang lain juga.