AKTIVITI | KESELAMATAN
PROGRAM 2: PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIH DAN MEMBANTERAS DENGGI BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG DI KAWASAN KEJIRANAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUTRA PERDANA, IT ADMIRAL 2, JALAN PP 3/10 HINGGA 3/15, 47130 PUCHONG, SELANGOR.


Demi memastikan tahap kebersihan, kesihatan dan keselamatan penduduk setempat dan persekitaran berada pada tahap optimum, adalah menjadi satu keperluan untuk terus meningkatkan tahap kebersihan dan kesedaran penduduk berkenaan kepentingan perkara ini. Bagi mencapai tujuan ini, Persatuan Penduduk Taman Putra Perdana, IT Admiral, Jalan PP3/10 Hingga 3/15, 47130 Puchong, Selangor, telah menganjurkan program gotong royong membersihkan kawasan, penerangan dan pembasmian wabak denggi serta menjalankan aktiviti memperbaiki, menyelenggara pusat komuniti yang agak uzur dan juga program pencegahan kebakaran bagi meningkatkan tahap kerbersediaan menghadapi bencana yang tidak dapat dijangka bila akan berlaku.