AKTIVITI | KEBAJIKAN
Program Sumbangan Barangan Dapur kepada penduduk-penduduk yang miskin dan warga emas melalui Geran MyICE 2022
  • PERSATUAN KESEJAHTERAAN SAYANGI N9
  • Penganjur : Persatuan Kesejahteraan Sayangi N9
  • Lokasi : Jalan Han Hui Foong Temiang dan Jalan Seng Meng Lee
  • Tel : 0189886199
  • Tarikh : 12/09/2022 - 12/09/2022
  • Masa : 9:00AM - 11:00AM
  • 112


Program Sumbangan Barangan Dapur kepada penduduk-penduduk yang miskin dan warga emas telah membantu sebanyak 200 orang penduduk-penduduk yang miskin dan warga emas daripada kawasan perumahan sekitar kawasan Jalan Han Hui Foong Temiang dan Jalan Seng Meng Lee. Program ini telah dijalankan pada 12 September 2022 dan Persatuan Kesejahteraan Sayangi N9 menjemput YB Ng Chin Tsai selaku ADUN Temiang merasmikan program tersebut.


Program sumbangan ini dijalankan bertujuan membantu golongan yang miskin di Kawasan Seremban khasnya Temiang. Kawasan Temiang merupakan satu-satunya kawasan perumahan yang lama di bandar Seremban. Penduduknya semakin ramai dan meningkat dari semasa ke semasa. Penduduknya melebihi 20000 orang. Kawasan Temiang juga merupakan satu kawasan yang terdapat banyak golongan miskin dan warga tua.