AKTIVITI | SOSIAL
Program Ibadah Korban dan Sumbangan Agihan Daging secara bergotong-royong bersama jiran-jiran serata BBSAP (R1,R2,R4,R6,R8,Prima).


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah pada Hari Raya Korban (10 Zulhijjah=29 Jun 2023) kelmarin, PPR1BBSAP telah menganjurkan program Ibadah Korban dan Agihan Daging Sumbangan secara bergotong-royong bersama jiran-jiran serata BBSAP (R1,R2,R4,R6,R8,Prima).


Program telah berlangsung di Padang Serbaguna Residen 1 (1/11) bermula jam 9.30 pagi hingga selesai lebih kurang jam 2 petang. Program selingan turut diadakan iaitu Memasak sup tulang dan daging masak kunyit, serta Jamuan makan selepas selesai kerja melapah. Saya disini mewakili seluruh barisan AJK PPR1BBSAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jiran-jiran yang turut serta membantu dan berkerjasama membuat persedian dan persiapan sebelum program, bergotong royong pada hari program, serta membantu mengemas selepas program. Hanya Allah sahaja dapat membalas kerjasama dan sokongan Tuan-Puan jiran-jiran semua.


Kepada jiran-jiran yang tidak sempat mengambil daging semalam, kami memohon beribu kemaafan oleh kerana jumlah daging yang terhad tidak memungkinkan bungkusan dapat diagihkan keseluruhan BBSAP (ini adalah sebab utama konsep agihan adalah "first come first serve". InshaAllah, doakan program korban dapat dijalankan lagi pada tahun tahun mendatang, dengan jumlah lebih banyak lembu dari tahun ini.

Sekian dari Saya


Pengerusi PPR1BBSAP