Program Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti
- PERSATUAN PENDUDUK MUAFAKAT TAMAN TIARA PERDANA, SIMPANG RENGGAM, JOHOR
- Penganjur : Persatuan Penduduk Muafakat Taman Tiara Perdana Simpang Renggam Johor
- Lokasi : Dewan Taman Tiara Perdana
- Tel : 01156817650
- Tarikh : 09/09/2023 - 09/09/2023
- Masa : 2:30PM - 6:00PM
- 609


Program ceramah pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti yang dianjurkan bersama pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ini dapat memberikan kesedaran kepada ahli masyakarat terhadap tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah dalam kawasan perumahan seperti kes pecah rumah, gejala sosial, samun, dan sebagainya. Pengisian program yang dilaksanakan dari Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) ini antaranya ialah ceramah keselamatan dari pihak IPD Kluang dan RELA, serta rondaan berkumpulan pada sebelah petang. Bagi meneruskan kerjasama dan komunikasi strategik secara berkala antara pihak persatuan dan agensi terbabit, maka pihak persatuan akan sedia untuk melakukan kerjasama dalam perkongsian maklumat berkaitan jenayah di kawasan komuniti, dan berkongsi siaran rakaman CCTV kepada pihak berkuasa jika berlaku sebarang kejadian jenayah di kawasan komuniti Taman Tiara Perdana ini.
Pos Popular
IJAZAH BISMILLAH 5 BERSERTA FADHILATNYA
- berita KEAGAMAAN | 40392
Hadis Tentang Amanah dan Akhirat
- aktiviti SOSIAL | 5999
PROGRAM CINTAILAH PANTAI KITA
- aktiviti SOSIAL | 3446
FORUM BUAL BICARA PENGURUSAN PERTUBUHAN CEMERLANG
- pengumuman KEBAJIKAN | 3225
Program Keselamatan dan Kesedaran Pencegahan Jenayah
- aktiviti SOSIAL | 2988
9 Siri Syurga
- promosi | KEBAJIKAN | 2934
Siri Program Wacana Minda : Penyakit Ain Ancaman Melalui Media Sosial (MEDSOS)
- berita SOSIAL | 2892
Pemasangan Papan Tanda Baru
- berita KEBAJIKAN | 2732
PROGRAM BACAAN SURAH YASIN,SOLAT HAJAT & TAHLIL PERDANA
- aktiviti KEAGAMAAN | 2659