AKTIVITI | REKREASI
Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Persatuan Penduduk Kelumpuk Jerijit (PDRM) - Acara Senamrobik Dan Gotong Royong


Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelumpuk Jerijit (PDRM) - Acara Senamrobik Dan Gotong Royong yang telah dijalankan adalah berkonsepkan riadah di kalangan penduduk Persatuan Penduduk Rumah Kediaman PDRM Kelumpuk Jerijit Hulu Kelang Kuala Lumpur, bermula dengan acara senamrobik di dewan terbuka Kelumpuk Jerijit dan seterusnya gotong royong perangi aedes basmi denggi di Blok A,B,C dan D, Perumahan PDRM Kelumpuk Jerijit dengan membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes (membersihkan longkang, buang bekas air bertakung tempat pembiakan nyamuk, bakar sampah di kawasan yg dibenarkan dan lain-lain.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk silatulrahim di kalangan penduduk-penduduk di samping ianya adalah salah satu usaha PPRK Kelumpuk Jerijit untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi penduduk-penduduk menjaga kesihatan masing-masing. Selain dari itu menanam sikap kita perlu sedar bahawa bertanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggung jawab bersama.

Berdasarkan kehadiran penduduk-penduduk yang amat ramai, samada secara individu, pasangan atau sekeluarga, membuktikan program komuniti ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dan menunjukkan mereka sangat perihatin tentang kesihatan dan jalinan silatulrahim.