Gotong Royong Kebun Komuniti Rabung 1





1. NAMA PROGRAM
Gotong Royong Kebun Komuniti Rabung 1
2. TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM
i. 16 Oct 2022: Kebun Komuniti Rabung 1
3. BILANGAN PESERTA/ KUMPULAN SASAR
Jumlah peserta bagi program tersebut adalah seramai 40 orang terdiri daripada penduduk Rabung 1.
4. JUMLAH PERUNTUKAN
Jumlah peruntukan sebenar yang diterima adalah berjumlah RM 5,850.00 pada 11/8/2022
5. PERBELANJAAN SEBENAR BAGI SETIAP PROGRAM
Program 1: RM 5,850.00
6. PROGRAM/ AKTIVITI
Aktiviti 1: Program menggali dan mengaul tanah untuk mengeluarkan lapisan rumput asal.
Aktiviti 2: Pelarasan kedudukan anak pokok yang terdiri daripada terung, cili, bendi dan cili padi. Penduduk menaman pokok mengikut kedudukan yang telah dipersetujui.
Aktiviti 3: Pemberian pokok dan alatan penanaman kepada peserta yang hadir ke majlis Kebun Komuniti Rabung 1
Aktiviti 4 : Majlis ditutupi dengan penyediaan makanan kepada peserta program.
7. KESIMPULAN
Program Gotong Royong Kebun Komuniti Rabung 1 merupakan program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Rabung 1. Melalui program ini penduduk Rabung 1 dapat mengenali jiran – jiran dan keluarga mereka terutamanya anak – anak mereka. Seperti kata pepatah “It takes village to raise a child”. Dengan kerjasama yang terjalin untuk mengendalikan aktiviti Kebun Komuniti, AJK Persatuan Rabung 1 berkongsi idea dan tugasan untuk mengeratkan dan mengukuhkan semangat kerjasama dan kesejathteraan penduduk Rabung 1.
Melalui akitivit Kebun Komuniti, warga emas turut sama terlibat untuk menolong menyiram pokok – pokok dan lain – lain tugasan. Semua penduduk tanpa mengira usia akan gembira melihat pokok – pokok menjadi besar dan meghasilkan hasil seperti bendi, cili dan lain – lain tanaman sayuran.
Projek ini telah berjaya melahirkan semangat berdikari. Terima kasih diucapakan di atas permberian sumbangan dari pihak ICE kepada komuniti Rabung 1.