Program Gotong-Royong Bersama Penduduk Shawhill





1. NAMA PERTUBUHAN
(a) Nama Pertubuhan: Persatuan Penduduk Shawhill, Bukit Rahman Putra (PPSBRP)
(b) No. Pendaftaran: PPM-002-10-08082005
2. BUTIRAN PROGRAM
Nama Program: Program Gotong-Royong Bersama Penduduk Shawhill
Tarikh: 25 November 2023
Masa: 8 pagi sehingga 3 petang
Tempat: Persekitaran Perumahan Shawhill
Peserta: 60 orang termasuk Ahli Jawatankuasa PPSBRP
3. PROGRAM/AKTIVITI
Program gotong-royong kebersihan persekitaran perumahan Shawhill ini dijalankan dengan kerjasama pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah diadakan pada 25 November 2023 bermula pada pukul 8 pagi hingga 3 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
(a) Mengutip sampah sarap seperti tin / botol minuman serta plastik-plastik makanan yang terbiar yang mungkin menjadi sarang nyamuk;
(b) Mencantas dahan-dahan pokok yang menganggu pejalan kaki dan kenderaan;
(c) Membersihkan longkang-longkang yang tersumbat akibat sampah sarap;
(d) Mengecat dan membaiki pagar untuk meningkatkan keselamatan persekitaran dari ancaman musuh.
4. KESIMPULAN
Program gotong-royong yang dianjurkan oleh PPSBRP Bersama dengan MBSA berakhir dengan jayanya dan telah mencapai matlamat yang kami inginkan. Antaranya ialah:
(a) Meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran perumahan yang bersih, selesa serta kondusif;
(b) Memupuk perpaduan dikalangan warga Shawhill yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama;
(c) Mengeratkan kerjasama antara PPSBRP dengan komuniti dengan penglibatan agensi awam iaitu MBSA; dan
(d) Memudahkan tugasan atau kerja berkumpulan di antara penduduk Shawhill seperti pepatah melayu ringan sama dijinjing berat sama dipikul.
Dengan kejayaan program gotong-royong ini, pihak PPSBRP berharap aktiviti ini akan dapat diterus pada masa hadapan dengan kerjasama daripada GPPK dan agensi-agensi kerajaan yang lain.