AKTIVITI | KESELAMATAN
Nama Program: PERANAN KOMUNITI DALAM MENGEKALKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN BERSAMA


Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan Sukepi 3/30 ,Taman Srikandi, Batu 10 Kebun Baru,Telok Panglima Garang,Selangor bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sungai Rambai,Telok Panglima Garang, dimana dapat meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek keselamatan di kawasan kejiranan setempat. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada komuniti dalam aspek pencegahan dan mengawal kebakaran. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dari situasi kebakaran. Demo berkaitan penggunaan tong pemadam api amatlah berguna Dimana penduduk dan Masyarakat setempat tahu cara-cara penggunaan tong pemadam api. Cara-cara pemadaman tanpa menggunakan tong pemadam api yang di tunjukkan juga sangatlah berguna terutama ketika berhadapan dengan kebakaran di dapur.

Taklimat kesihatan buah pinggang dan juga berkaitan dailasis oleh Lembaga Jururawat Malaysia (MNA – Renal) dapat memberikan gambaran dan serba sedikit pengetahuan yang berkaitan. Taklimat yang diberikan juga dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang betapa berharganya buah pinggang dan fungsi buah pingang dalam sistem organ manusia. Dan juga serba sedikit penerangan berkaitan penjagaan buah pinggang dan rawatan yang ada dipasaran samada oleh Kerajaan, swasta dan badan-badan NGO.

Aktiviti saringan kesihatan penglibatan oleh pelajar-pelajar dari sebuah Kolej Swasta (International Medical College, Subang Jaya) dimana ianya mendapat sambutan yang baik dan seramai lebih 20 orang peserta telah disaring. Antara ujian yang telah dijalankan ialah tekanan darah tinggi, kandungan gula dalam darah dan BMI.