AKTIVITI | REKREASI
HARI KELUARGA PPS 19A


Persatuan Penduduk Seksyen 19A Shah Alam telah mengadakan Hari Keluarga PPS19A pada 6hb Januari 2024 bertempat di Padang Permainan Seksyen 19 Shah Alam yang dihadiri lebih daripada 300 penduduk.


Program bermula seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran keahlian, skim mesra usia emas dan pendaftaran kehadiran. Ia dinamakan Hari Keluarga supaya ia lebih dekat dihati penduduk dan lebih menarik minat penduduk untuk menyertai program ini sekaligus menanam rasa sayang kepada komuniti setempat.

 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Empat acara sukaneka iaitu getah dan straw, boling kelapa, ibu mencari anak dan rebut gula-gula;
  2. LHDNM iaitu perkhidmatan percukaian, e-filing, Program Khas Pengakuan Sukarela & Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  3. PERKESO iaitu pendaftaran Skim Pekerjaan Sendiri & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah;
  4. Pemeriksaan mata oleh pelajar tahun akhir jurusan optometri MSU Shah Alam;
  5. Pemeriksaan kesihatan oleh KPJ Selangor;
  6. Taklimat keselamatan komuniti oleh PDRM,
  7. Demonstrasi padam kebakaran api dapur oleh pihak JPBM; serta
  8. reruai jualan oleh penduduk.


YB Adun Batu Tiga turut hadir menyalurkan sumbangan pek Anak Selangor Anak Sihat kepada kanak-kanak yang bertuah.

 

Penduduk disajikan sarapan pagi iaitu nasi lemak basmathi dan mee goreng serta kuih-muih yang disediakan oleh pihak Persatuan. Penduduk yang bermurah hati turut membawa makanan pot-luck untuk dijamu jiran setaman. Makanan pada hari keluarga ini memang meriah dan menarik!

 

Acara kemuncak adalah pemberian hadiah sukaneka diselang-seli cabutan bertuah. Sebelum program berakhir, Persatuan telah berbesar hati menyampaikan saguhati berupa plak kepada agensi yang terlibat iaitu PDRM, Bomba, Perkeso, KPJ, MSU dan LHDNM.


Program tamat jam 1.00 petang sebelum azan zohor berkumandang dengan penduduk membawa pulang pelbagai hadiah dengan riang.