AKTIVITI | KESELAMATAN
Program Pencegahan Jenayah Dan Kesedaran Penipuan Dalam Telefon Dan Internet
  • PERTUBUHAN KOMUNITI SKI FASA 5A, SELANGOR
  • Penganjur : Pertubuhan Komuniti SKI (Sungai Kapar Indah) Fasa 5A
  • Lokasi : Padang Bola Keranjang
  • Tel : 0123651695
  • Tarikh : 23/09/2023 - 23/09/2023
  • Masa : 9:00PM - 11:00PM
  • 84


PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESEDARAN PENIPUAN DALAM TELEFON & INTERNET

Bertempat di gelanggang bola keranjang Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A telah berlangsung satu program komuniti taman bersama PDRM pada 23 Sept 2023 (Sabtu).

Kehadiran YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt. Mohd Khairi bin Shafie yang turut memberi taklimat pencegahan jenayah juga telah menarik perhatian jiran-jiran yang hadir beri sokongan.

Program ini dimulakan dengan program ceramah berkaitan penipuan oleh scammer seperti jenis penipuan,taktik dan undang-undang yang wujud untuk melindungi hak mangsa yang telah disampaikan oleh Pegawai Penyiasat Bahagaian Jenayah Komersial Insp Norsyami binti Ibrahim.

Inspektor Norsyami juga menerangkan kes-kes penipuan seperti Love Scam, Macau Scam, Penipuan Kereta Recond Murah, Penyamaran Kenalan, Malware Scam dan Tipu Tawaran Kerja yang tidak wujud.

Seterusnya, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) ASP Mohamed Hafeez Assad bin Muhd Saad telah memberi sedikit pendedahan tentang peranan BPJKK dalam membantu masyarakat untuk mencegah jenayah di taman perumahan ini. Disamping itu beliau juga memberi penerangan berkaitan indeks jenayah dan langkah-langkah mencegah daripada berlakunya jenayah seterusnya sesi dialog bersama penduduk.

Turut hadir ke program ini Inspektor Aswat (Bahagian Siasatan Jenayah Daerah), Inspektor Solomon (Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik) ,Inspector Fadli (Bahagian Trafik) dan Sarjan Saiful Hairi bin Nordin (Ketua Balai Polis Sungai Kapar Indah) dan dua orang anggota AMANITA serta 5 orang anggota lain-lain pangkat.

Semua pegawai ini telah memberi taklimat dan berdialog dalam menangani isu-isu melibatkan jenayah dan memupuk kesedaran kepada jiran-jiran yang hadir mengenai keselamatan diri serta cara melindungi diri dari berlakunya kes jenayah dipersekitaran masing-masing.

Perjumpaan dengan pelbagai bahagian dari IPD Klang Utara ini merupakan salah satu inisiatif bagi menjalin kerjasama antara pihak Kawasan Rukun Tetangga Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A dan PDRM dalam menyalurkan maklumat dan bersama-sama mencegah jenayah di kawasan Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A Ini.

Selain daripada itu juga, pihak PDRM dan komuniti di taman perumahan ini telah bertukar-tukar pandangan permasalahan dan isu semasa.

Akhir taklimat, YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara menyeru kepada masyarakat agar memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat bagi membendung kejadian jenayah khususnya dalam daerah Klang Utara.

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada

#JenayahMembawaPadah

#CegahSebelumParah

#KomunitiSKI_FasaA_SelamatSejahtera

#GeranPertubuhanPrihatinKomuniti2023