Program Asas Pencegahan Jenayah PPJ 4/3 dengan Kerjasama PDRM





Program ini dianjurkan sebagai menepati keperluan penerimaan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti 2023.
Program ini yang dihadiri oleh penduduk Jalan 4/3, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi telah diisi dengan pameran, ceramah dan perkongsian oleh Sjn Noor Azira Binti Saad dari Balai Polis Bandar Baru Bangi. Turut hadir adalah SM Samuri, Kpl. Azrai, Kpl. Rofe, Kpl. Shafiah, Kpl. Hisyam, Kpl. Syaza dan L/Kpl. Aida Farahan.
Dengan dukungan dan kemudahan yang disediakan melalui Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti 2023, Program Asas Pencegahan Jenayah yang telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan 4/3, Bandar Baru Bangi bersama pihak PDRM (IPD Kajang dan Balai Polis Bandar Baru Bangi) ini telah dapat diadakan dengan jayanya dan diharap telah mencapai matlamat-matlamat yang digariskan berikut -
(a) Medium dan ruang kempen kesedaran di kalangan ahli kariah Jalan 4/3 berkenaan asas pencegahan jenayah dan kepentingannya dalam konteks diri, keluarga dan komuniti;
(b) Memperkukuh kesatuan di kalangan ahli kariah Jalan 4/3 dalam mendepani cabaran kejadian jenayah di kawasan kariah; dan
(c) Memperkukuh jaringan dan kebersamaan antara pihak ahli kariah dan Persatuan Penduduk Jalan 4/3 bersama pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan Balai Polis Bandar Baru Bangi.