AKTIVITI |
Program Asas Pertolongan Cemas (CPR) dan Kesedaran Kesihatan bersama PKD Hulu Langat


Program ini dianjurkan sebagai menepati keperluan penerimaan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti 2023.


Program ini yang dihadiri oleh penduduk Jalan 4/3, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi telah diisi dengan pameran, ceramah dan perkongsian serta demonstrasi pertolongan cemas (CPR) oleh Insp. Kesihatan Najmuddin Bin Mohd Azman (Unit Vektor - Bahaya Denggi) dan PPP Muhammad Nor Hazlim (CPR). Turut hadir adalah beberapa anggota kesihatan lain dari PKD Hulu Langat.


Dengan dukungan dan kemudahan yang disediakan melalui Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti 2023, Program Asas Pertolongan Cemas (CPR) dan Kesedaran Kesihatan bersama PKD Hulu Langat ini telah dapat diadakan dengan jayanya dan diharap telah mencapai matlamat-matlamat yang digariskan berikut -

 

(a) Sebagai kempen kesedaran di kalangan ahli kariah Jalan 4/3 berkenaan asas bantuan kecemasan dan kepentingannya dalam konteks diri, keluarga dan komuniti. Juga sebagai pendedahan asas berhubung bahaya denggi kepada diri dan komuniti;

 

(b) Memperkukuh kesatuan di kalangan ahli kariah Jalan 4/3 dalam mengendalikan keperluan bantuan pertolongan dan kecemasan di kawasan kariah; dan

 

(c) Memperkukuh jaringan dan kebersamaan antara pihak ahli kariah dan Persatuan Penduduk Jalan 4/3 bersama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.