AKTIVITI |
PROGRAM PENCEGAHAN KEBAKARAN PERSATUAN PENDUDUK HILLPARK FASA 1
  • PERSATUAN PENDUDUK HILLPARK HOMES KAJANG
  • Penganjur : Persatuan Penduduk Hillpark Fasa 1
  • Lokasi : Perkarangan Surau Insaniah
  • Tel : 0182948133
  • Tarikh : 13/01/2024 - 13/01/2024
  • Masa : 8:30AM - 1:00PM
  • 51


PROGRAM PENCEGAHAN KEBAKARAN PERSATUAN PENDUDUK HILLPARK FASA 1

 

13 Januari 2024(Sabtu) – Pada hari ini buat julung kalinya Taman Hillpark Kajang Fasa 1 telah mengadakan Program Pencegahan Kebakaran dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Kajang.

 

Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Parlimen Bangi, YB Syahredzan Bin Johan. Kami berbesar hati kerana beliau sudi untuk turut serta dalam program komuniti ini.

 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta memberi pendedahan awal kepada penduduk tentang pentingnya mengawal, menangani dan mencegah kebakaran di kediaman tempat masing-masing dengan lebih optima.

 

Ceramah kesedaran pencegahan kebakaran telah disempurnakan oleh En  Norzaidi Bin Din dan En Abdul Naseer Bin Abdul Rahim selaku Pegawai Bomba dan Penyelamat Cawangan Kajang yang serba sedikit dapat membantu memberikan asas pengetahuan kepada komuniti tentang pentingnya mencegah kebakaran.

 

Menerusi latihan simulasi kebakaran yang ditunjukkan juga dapat memberi pengetahuan kepada penduduk serba sedikit langkah-langkah mengatasi sekiranya berlaku kebakaran di tempat kediaman serta cara penggunaan alat pemadam api.