Kursus Asas Pertolongan Cemas (Basic Life Support, BLS)


Program-program yang dilaksanakan telah mencapai objektif-objektif utama GPPK.
Kursus Asas Pertolongan Cemas (Basic Life Support, BLS) ini merupakan lanjutan daripada kursus Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Menggunakan Tangan Sahaja (Hands-on CPR Course) yang dikelolakan oleh Persatuan Penduduk BU 7 dan 10 Bandar Utama PJ Selangor dengan kerjsama National Heart Association of Malaysia.
Kursus ini dapat memperkasakan ahli-ahli Persatuan dalam mendepani bencana terutamanya semasa menghadapi situasi kritikal kejadian jantung terhenti (cardiac arrest) yang disebabkan oleh serangan jantung, strok, lemas, kemalangan dan lain-lain. Di samping itu, pengetahuan menggunakan defibrilator luaran automatik (AED) yang dipelajari semasa kursus ini dapat membina keyakinan mereka dalam penggunaan AED semasa kecemasan. Sememangnya, pengetahuan yang dipelajari ini dapat menyumbang kepada penggunaan segera CPR dan AED untuk meningkatkan kadar kelangsungan hidup mangsa.