AKTIVITI |
Program Pencegahan Denggi dan Gotong-Royong Perdana Komuniti Taman Indah KLIA
  • KOMUNITI TAMAN INDAH KLIA
  • Penganjur : Komuniti Taman Indah KLIA
  • Lokasi : Taman Indah KLIA
  • Tel : 0198176046
  • Tarikh : 26/11/2023 - 26/11/2023
  • Masa : 8:00AM - 2:30PM
  • 49


Program yang dianjurkan oleh Komuniti Taman Indah KLIA dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) ini telah berlangsung pada 26 November 2023 (Ahad) dan dihadiri oleh hampir 100 orang penduduk termasuk petugas dari PKD Sepang serta MPS. Program ini telah dirasmikan oleh wakil ADUN Sg. Pelek kerana ADUN Sg. Pelek yang dijemput untuk merasmikan program tersebut tidak dapat hadir pada saat akhir kerana perlu menghadiri mesyuarat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai kepentingan pencegahan denggi selain untuk meneroka jalinan kerjasama dengan pengurusan PKD Sepang serta MPS. Selain daripada gotong-royong, penduduk turut berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma pada hari berkenaan. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga turut diadakan bagi memeriahkan program berkenaan.