Program Keselamatan Kejiranan PPAP 2023/2024
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Satu program yang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama ROS melalui Geran Pertubuhan Prihatin. Nama program tersebut adalah Program Keselamatan Komuniti Kejiranan PPAP 2023/2024 yang telah diadakan pada 28hb Januari 2024 pada Hari Ahad bermula jam 7.30a.m -1.00 p.m.
Seramai lebih 150 Orang penduduk yang berkelapangan telah hadir bersama sama dalam program tersebut termasuk kaum ibu dan kanak kanak. Acara program bermula dengan Mini Gotong Royong PPAP di kawasan sekitar jalan dan padang permainan Anjung Puteri demi menigkatkan lagi tahap kebersihan dan keselamatan penduduk yang menggunakan padang permainan tersebut.
antara agensi yang terlibat ialah dari pihak Indah Water konsortium yang telah hadir dengan model display sistem pembentungan perumahan dan taklimat cara cara menjaganya. Disamping itu pihak Bomba dari balai Bomba Sri Andalas juga terlibat menyampaikan taklimat pencegahan kebakaran dan demontrasi pemadaman kebakaran sekiranya berlaku dikawasan perumahan.
Pihak polis dari IPD Kland Selatan yang diwakili oleh Ketua Balai Polis Sentosa bersama 8 anggota mereka juga hadir bersama bagi talimat kesedaran jenayah di kawasan perumahan dan pencegahan jenayah.
Majlis telah tamat pada jam 1.00 p.m selepas sesi soal jawab bersama penduduk .