GOTONG-ROYONG UKHWAH
Kami Ajk persatuan penduduk pengajur Program Gotong-Royong Ukhwah 2023 rasa berpuas hati dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada para warga penduduk Vista Perdana dan yang secara langsung atau tidak langsung yang telah turut serta bersama menjayakan dan memeriahkan program yang telah dianjurkan pada hari ini (Ahad) 17hb Disember 2023.
Sehubungan itu, Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada ketua program En. Mohd Suhaimi Bin Sutan bersama jawatankuasa program yang serba ringkas/santai dapat menjayakan aktiviti gotong-royong yang pertama kalinya bersama-sama merapat, mengenal kejiranan dan ukhwah persahabatan antara komuniti. Program ini juga menunjukan Persatuan Penduduk Pangsapuri Vista Perdana memberi isyarat akan bergiat aktiv semula dan terus bergerak demi kebaikan penduduk.
Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada yang menyumbang makanan sarapan pagi dan juga fasiliti seperti kerusi, meja, pembesar suara, banner dan kemah walaupun persatuan dalam serba kekurangan. Semoga Allah SWT membalas dengan ganjaran kebaikan dan pahala kepada penyumbang sama ada sumbangan anda kecil atau besar. Terima kasih juga kepada jawatankuasa Surau Babbul Jannah (Blok N) terlibat juga dalam program gotong-royong ini.
Kerjasama dan sokongan padu dari semua pihak amat bermakna. Program ini akan menjadi satu titik permulaan untuk kita sama-sama berganding tenaga dan masa bersama demi keharmonian komuniti kita. Program gotong-royong ini juga akan menjadi salah satu program tahunan setahun sekali mengikut keperluan.
Kehadiran dan pendaftaran keahlian juga diluar jangkaan. Diharap juga agar momentum, sokongan dan kerjasama yang diberikan akan dapat dikekalkan untuk aktiviti-aktiviti yang dirancang akan datang oleh PPP Vista Perdana di masa mendatang insya Allah.
.
“KEJIRANAN PEMANGKIN PERPADUAN MADANI”