AKTIVITI |
Program Keselamatan Komuniti Bayu Courtyard Home bersama Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Antara aktivti yang dijalankan semasa program tersebut adalah:

i) Taklimat berkenaan jenayah siber, contoh-contoh tipu daya yang berlaku di Malaysia dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil jika berlaku sebarang gangguan dari penjenayah siber ini.

ii) Perjumpaan bersama anggota-anggota PDRM lain antaranya pasukan AMANITA yang bertujuan memberi peluang golongan wanita untuk bertanyakan soalan mahupun berkongsi sebarang maklumat dengan lebih dekat.

iii) Pameran gambar-gambar kemalangan yang pernah berlaku bagi memberikan kesedaran berkenaan keselamatan jalan raya dan cara pemanduan berhemah.

iv) Edaran beberapa risalah daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, AMANITA, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan lain-lain.   

v) Taklimat dari pihak JBPM berkenaan jenis-jenis kebakaran, kaedah penjagaan pemadam kebakaran yang betul dan langkah-langkah yang diambil jika berlakunya kebakaran.

vi) Demonstrasi cara pemadaman api yang betul juga dilakukan oleh JBPM dan turut disertai oleh beberapa orang wakil penduduk secara sukarela.

vii) Soal jawab dan bual bicara bersama antara kedua-dua pasukan (PDRM/ JBPM) dan penduduk Bayu Courtyard Home. 


Program Keselamatan Komuniti Bayu Courtyard Home bersama Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bayu Courtyard Home ini dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga (dengan adanya sumbangan potluck yang begitu banyak dan saling membantu dalam menjayakan program) disamping menyemai semangat untuk saling ambil tahu perihal berkenaan keselamatan komuniti. Selain itu, hubungan erat di antara penduduk dan ahli politik yang mentadbir-urus kawasan Balakong dan Zon 6 ini juga dapat diperkukuhkan lagi. Semoga dengan adanya program seperti ini dapatlah memberikan kesedaran bahawa pentingnya sesama jiran tetangga untuk mengambil tahu hal/ khabar berkenaan jiran berhampiran disamping bersedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.