AKTIVITI |
Kempen Kesedaran Keselamatan dan Pencegahan Demam Denggi


Persatuan Penduduk Seri Pristana 6 Sungai Buloh, Selangor telah mengadakan Kempen Kesedaran Keselamatan dan Pencegahan Demam Denggi pada 25 November 2023. Aktiviti ini mengunakan sebahagian dana berjumlah RM5,000 yang diterima dari Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) di bawah peruntukan bajet tahun 2023. Seramai 150 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada penduduk yang tinggal di kawasan Seri Pristana 6 Sungai Buloh, Selangor. Aktiviti ini bermula pada pukul 8:00 pagi dan bertempat di Dataran Castana, Seri Pristana 6, Sungai Buloh, Selangor. Pihak Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama, Sungai Buloh dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor turut mengambil bahagian dalam aktivti ini. Pihak Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama memberi penerangan tentang bahayanya api dan cara untuk mengatasinya. Selain dari itu, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor memberikan penerangan tentang penyakit demam denggi. Banting dan poster yang dipamerkan dapat memudahkan para peserta yang hadir lebih memahami tentang demam denggi. Aktiviti ini tamat pada pukul 12:00 tengahari dengan jamuan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Sebahagian lagi dana berjumlah RM5,000, yang diterima dari Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) telah digunakan untuk pembelian peralatan keselamatan seperti kon keselamatan, pemasangan sistem CCTV, jaket keselamatan, alat pemadam kebakaran dan juga walkie talkie. Pembelian peralatan-peralatan ini adalah bertujuan bagi meningkatkan tahap kawalan keselamatan di kawasan perumahan Seri Pristana 6. Selain itu juga, pembelian alat pemadam kebakaran adalah sebagai persiapan langkah awal sekiranya berlaku kejadian kebakaran dalam perumahan kami.