AKTIVITI |
Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran Bersama Penduduk Arden-Bronte


Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penghuni Arden-Bronte USJ bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya dapat meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek keselamatan di kawasan kejiranan setempat. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada komuniti dalam aspek pencegahan dan mengawal kebakaran. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dari situasi kebakaran. Penduduk juga giat berinteraksi dengan pensyarah Bomba untuk belajar kaedah permeriksaan suis utama di rumah. Pasukan bomba mengambil inisiatif untuk memeriksa pili bomba di Taman Arden-Bronte supaya berada dalam keadaan baik.